'Ringgit' berasal daripada sisi bergigi perak Sepanyol yang banyak digunakan pada zaman dahulu. Mata wang Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit telah dibahagi kepada wang kertas dan duit syiling. Wang kertas terdapat dalam nilai RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM100.
Manakala wang syiling terdapat dalam nilai 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan juga 50sen.
Di Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengawal kesemua pengeluaran wang baru. Wang kertas pertama telah dikeluarkan pada tahun 1967.Simbol ringgit yang digunakan ialah $ dan pada Februari 1996, simbol ringgit telah bertukar kepada RM sehingga sekarang.